Site icon Blog Ibu Mifzal

Luang Masa Di Zoo Taiping

Kali ke dua luang masa di Zoo Taiping. Pergi hari Khamis lepas, ibu dan Abah Mifzal meluangkan masa untuk membawa Mifzal melawat Zoo Taiping. Lama dah budak kecil ini request nak ke sini lagi selepas pertama kali pergi pada tahun lepas. Kebetulan, petang Khamis, ibu terpaksa mewakili boss ibu ke mesyuarat di sebuah hotel di Taiping. Jadi, ambil peluang sebelah bagi untuk ronda-ronda Zoo Taiping dulu. hehe.. Abah Mifzal dan Mifzal bercuti lah hari itu untuk ikut ibu ke Taiping.

Selamat Datang Ke Zoo Taiping & Night Safari

Harga tiket untuk dewasa ialah RM12 seorang manakala untuk kanak-kanak RM8 seorang. Sebelum itu, kerani kaunter itu tanya, kami dari mana. Ibu terus jawab dari Sungkai. Lupa ibu pesanan kawan ibu, katanya kalau cakap dari Taiping, dapat harga tiket masuk lagi murah. Itu pun kena sebut Taiping dalam slang orang Taiping. Betul ke begitu?

Gambar Kenangan Luang Masa Di Zoo Taiping

Gambar tak banyak ibu rakam guna iPhone 5 ini. Banyak gambar di kamera Samsung Abah Mifzal. Jadi layan sahaja lah gambar yang ada ini.

Ketika kami singgah di sini, pengunjung tidak ramai. Al-maklum lah bukan cuti sekolah. Stesen tram pun dalam pembaikkan. Jauh juga kena berjalan ke stesen tram sementara. Mifzal berkali-kali minta untuk naik tram. Bila sampai ke stesen tram, tram kosong. Pemandu tram pun tidak nampak bayang. Kebanyakkan pengunjung berjalan kaki sahaja. Malas nak tunggu, kami juga ikut berjalan kaki. Kasihan Mifzal kena berjalan jauh. Berpeluh-peluh. Separuh jalan, mujur ada jumpa tram membawa pengunjung dan yang ada tempat kosong. Dapat lah Mifzal naik tram juga 😀

Zirafah, binatang yang paling Mifzal mahu tengok. Gambar Mifzal bergambar di sini ada di dalam kamera Abah Mifzal. Aduss..banyak gambar di kamera itu.

Sempat ibu rakam gambar flamingo ini dari atas tram. Pengalaman lucu sebelum menaiki tram, ibu dah melalui kawasan ini. Ada beberapa ekor monyet sedang menyelongkar tong sampah. Pada masa ibu, ibu ada membawa air minuman dan Mifzal pula sedang makan lolipop. Mungkin terbau kan makanan, monyet-monyet itu menyerbu kami. Takut, ibu lepaskan je plastik yang berisi minuman dan lolipop Mifzal. Terus cepat-cepat kami berlari ke depan. huhu.

Kami bertiga. Gambar kenang-kenangan di Zoo Taiping. Bergambar ketika panas, semua dengan muka berkerut menahan panas. Memang panas betul hari itu. Sekeping gambar ini bersama kad ucapan, harganya RM30. Mahal kan!

 2,080 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version