Site icon Blog Ibu Mifzal

Langkah-Langkah Keselamatan Pemanduan Dalam Keadaan Jerebu

Jerebu semakin teruk melanda negara kita terutamanya di beberapa tempat di selatan Malaysia seperti di Muar, Ledang yang telah diistiharkan darurat pada hari semalam kerana mencapai indeks bacaan IPU setinggi lebih 700. Di mana keadaan ini sangat berbahaya. Lain-lain tempat seperti di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur juga dilaporkan kualiti udara yang sangat tidak sihat. Orang ramai boleh menyemak indeks bacaan IPU secara online di laman web Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui indeks bacaan IPU di tempat masing-masing. Bacaan Indek mengikut jam juga boleh di lihat di http://apims.doe.gov.my

Pencemaran udara

Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang harus dipraktikan oleh semua pengguna jalan raya ketika memandu/menunggang kenderaan dalam keadaan jerebu.

Langkah-Langkah Keselamatan Pemanduan Dalam Keadaan Jerebu

1. Pastikan semua tingkap kenderaan ditutup dan gunakan penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod “putaran udara dalaman”.

2. Buka lampu kenderaan untuk mencerahkan lagi penglihatan semasa memandu. Elakkan daripada menggunakan lampu kecemasan (hazard light) kerana ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan berhenti di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

3. Pemandu harus mengekalkan jarak pemanduan yang selamat di antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya berlaku situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan merokok ketika berada di dalam kenderaan.

5. Pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna cerah bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda dan memakai penutup muka.

Sumber gambar: Utusan Malaysia & Facebook Polis Diraja Malaysia.

 1,533 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version