Kes Buli : Pelajar Koma

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

kes buli skang ni semakin menjadi2..ada je kes kuar dlm tv  or surat khabar..pelajar kena buli oleh rakan sekelas mereka..apa dah nak jadi nga budak2 sekolah skang..mak bapak suh gi sekolah utk belajar..tp korang tunjuk samseng plak eh…apa nak jadi..nak jd org jahat? haish..

ibu pun ada anak..ibu sgt takut jika perkara2 sebegini jadi pada anak2..bukan ibu je..mana2 ibu bapa pun x sanggup anak mereka dibuli or membuli..apa puncanya? pengaruh tv? pengaruh rakan? entah lah..naik pening memikirkan masalah remaja sekarang ni..ini la jadinya bila didikan agama tak diambil berat.

GUA MUSANG: “Apa salah adik saya dipukul sehingga koma. Mengapa dia dizalimi begitu teruk sekali,” kata Mat Razarizi Mat Zaki, 21, yang mendakwa adiknya, Mat Razarizu, 14, koma selepas dibuli rakan sekelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Bertam, di sini, 29 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mat Razarizi dari Kampung Bertam Baru, di sini, mendakwa adiknya dipukul, ditumbuk serta dipijak di dada oleh lebih daripada seorang rakan sekelasnya.

Akibatnya, Mat Razarizu mengalami pendarahan dalaman sehingga koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Menurutnya, sehari selepas kejadian, adiknya mengadu sakit badan sehingga demam sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan Bertam Baru, di sini, untuk rawatan.

Katanya, doktor di situ merujuk adiknya ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, di HGM, keadaan adik semakin teruk apabila tidak boleh makan dan muntah menyebabkan HGM merujuknya ke Hospital Kuala Krai (HKK) pula. Di situ dia terus tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HRPZII dan terus koma.

“Sebelum tidak sedarkan diri, adik ada memberitahu dia dibuli lebih daripada seorang rakan sekelas apabila dipukul, ditumbuk dan dipijak di dada. Pilu hati saya melihat adik saya dizalimi dan paling menyedihkan dia saya beritahu ketika dibuli, rakan lain termasuk pengawas hanya melihat tanpa memberi pertolongan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Mat Razarizi yang membuat laporan di Balai Polis Bertam Baru, di sini, beberapa hari selepas kejadian mendakwa, pihak sekolah juga tidak mengambil sebarang tindakan berhubung kejadian itu walaupun dimaklumkan adiknya koma akibat dibuli rakan sekelas sehingga menerima rawatan di ICU HRPZII, dua minggu lalu.

Katanya, pelajar yang membuli adiknya itu dipercayai tinggal di Kampung Jerek di sini dan masih datang ke sekolah seperti biasa kerana tiada tindakan dikenakan. “Kami juga membuat laporan polis selepas kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Menurut Mat Razarizi, dia percaya adiknya tiada musuh dengan rakan di sekolah itu kerana baik dan sentiasa memberi tumpuan kepada pelajaran berikutan menyedari keluarganya miskin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

ps : yang peliknya..sekolah x ambil tindakan ke? kes buli ni bukan kes kecik..benda2 gini perlu dibanteras..bukan sekadar merawat sahaja..skang ni macam sekolah pun dah x selamat utk anak2 menuntut ilmu…x kira la apa masalahnya..sapa yg salah..tp benda2 gini perlu diambil peduli..bukan hanya siasat sekadar nak tutup kes je..

 793 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*