Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
korang dah tgk ke filem Hantu Bonceng ni? opss..ibu cam biasa la blm tgk..skang ni dah jarang p tgk wayang..ingat nak tgk kat Astro First ja kot…best eh citer ni? ya la 5 hari dah kutip RM5 juta..ibu agak best la kan..lawak eh..ibu pun x tau kenapa akhir2 ni ibu suka lak tgk citer komedi seram ni..hehe
KUALA LUMPUR – Hantu Bonceng, filem ke-23 karya pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mencipta sejarah kutipan tiket terbesar pada musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket sebanyak RM1 juta untuk setiap hari tayangan.
Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid AF itu mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam secara serentak di seluruh tanahair, Singapura dan Brunei.
“Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini.
“Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara,” kata Ahmad Idham melalui kenyataan media di sini hari ini.
Sehubungan itu, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut, Excellent Pictures dan Ahmad Idham, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada seluruh peminat dan penonton yang tidak putus memberi sokongan dengan menonton Hantu Bonceng di pawagam yang membantu produksi mencapai jumlah kutipan tiket sebanyak RM5 juta, di mana dianggarkan lebih 500,000 penonton telah menonton filem itu di pawagam.
Selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media yang membantu mempromosikan filem Hantu Bonceng, pihak produksi juga merekodkan penghargaan kepada para pelakon yang sentiasa memberikan komitmen di sepanjang pembikinan filem tersebut
“Selain itu, sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima berterusan untuk memastikan ‘Hantu Bonceng’ mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan, dan kita akan dapat berbangga dengan produk filem sendiri,” tambahnya lagi.
Hantu Bonceng masih lagi hangat berdesup ‘membonceng’ di 80 pawagam tanahair, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket.
Untuk mengelak dari sebarang kesulitan untuk mendapatkan tiket, para peminat dan penonton dinasihatkan agar membuat tempahan awal, samada melalui pembelian kaunter mahupun menerusi aplikasi dalam talian pawagam terpilih.
Sinopsis Hantu Bonceng
Mengisahkan Amran lakonan Zizan, seorang budak delivery dan dia sangat suka le berlumba haram. Satu hari tu Amran menang satu perlumbaan dan dia telah mendapat habuan seorang bohsia bernama Maya (lakonan Juliana Evans) yang mai dari kampung. Ketika Amran nak bawa bohsia ni, mereka telah terlibat dalam kemalangan, Maya ni telah meninggal.
Sejak dari kejadian tu, Amran ni dikacau oleh hantu Maya ni. Maya nak Amran uruskan mayatnya dengan sempurna. Amran memnita bantuan Halimaton(lakonan Jue aziz) dan kawannya Kunyit utk bantu dia mencari keluarga Maya.
Halimaton ni awek si Amran, sebelum ni awek dia tak berapa suka le sebab Amran ni suka berlumba, setelah Amran takut pada hantu Maya, Amran mula berubah jadi baik. Halimaton pun mula le nak terima balik Amran, tapi muncul le pulak gadis bernama Ayu. Ayu ni sebenarnya kembar kepada Maya. Jadi Amran nak terima Ayu atau Halimaton? (sumber : http://nurizspace.com)
opppss…kena la gi tgk kat panggung..dah tayang pun dah…hehe..jom kita tgk trailer dulu
ps : syok gak layan citer komedi seram ni..seram tp lawak..hahah
1,283 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini