Site icon Blog Ibu Mifzal

KTMB : Tiket Keretapi Ke Utara, Selatan & Tengah Masih Ada Manakala Pantai Timur Habis Dijual

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

x sampai sebulan lagi nak raya, sure ramai yg dah merancang perjalanan utk pulang berhari raya di kampung halaman kan..ibu dan keluarga pun begitu juga..kalau semasa bujang dulu mmg ibu adalah salah seorang pelanggan tetap Keretapi Tanah Melayu…dari masa duk KL (Kuala Lumpur) & KL (Kuala Lipis) mmg ibu keraop menggunakan perkhidmatan KTMB ni. berbanding dengan bas, ia lebih selesa pada ibu cuma memakan masa yg agak lama jugak lah nak sampai…cuma sekarang ibu tidak lg menggunakan keretapi jika hendak balik kelantan..alasannya sudah ada kenderaan sendiri n mana ada lalu keretapi direct dari Perak ke Kelantan….kalau ada leh try naik..heheh

Teringat ibu zaman duk KL (Kuala Lumpur)..ibu ni jenis yg suka beli tiket keretapi lambat2..dah dekat2 tarikh nak balik baru nak beli..akibatnya selalu kehabisan tiket yp nasib baik la di saat akhir ada KTMB tambah coach..dapat la beli tiket..kalau x berdiri la 13 jam atas keretapi…hehe

:: pic credit to SaifulIslam ::

ok..ibu nak share berita mengenai tiket keretapi utk ke utara, selatan, tengah masih ada manakala ke pantai telah habis dijual…

KUALA LUMPUR: Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket kereta api bagi perjalanan ke Utara, Selatan dan Tengah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) hari ini, bagi perjalanan 20 Ogos hingga 2 September masih terdapat baki 44,183 tiket yang boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.
Tiket untuk perjalanan ke sektor Pantai Timur dari 26 hingga 29 Ogos sudah pun habis dijual dan sebarang penambahan koc bagi laluan itu akan diumumkan pertengahan bulan ini.

Selain itu, tiket bagi laluan lain yang telah pun habis dijual ialah laluan Kuala Lumpur-Hat Yai-Kuala Lumpur; Kuala Lumpur-Tumpat; Singapura-Tumpat; dan Singapura-Butterworth.

Kesemua laluan itu ialah bagi perjalanan 24 hingga 29 Ogos.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-5862.

Sumber – Bernama

ps : yg mana blm beli tu..cepat la beli… 😀

 923 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version