Site icon Blog Ibu Mifzal

Koleksi Tupperware Berwarna Ungu

Ibu seorang peminat ungu. Dari belum berkahwin sehingga kini, tak pernah tidak setia dengan warna ungu. Ntah kenapa minat sangat dengan warna purple ini. Dalam masa yang sama, ibu juga peminat plastik Tupperware tu. Lama dah pasang niat nak buat koleksi Tupperware berwarna ungu. Cerita ini lebih kepada throwback sebenarnya. Disebabkan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari membuatkan ibu aktif kembali membeli barangan Tupperware ini.

Tak Cukup Korum Lagi :p

Aduh! Habis juga duit kalau membeli Tupperware. Tahu lah, harganya yang akan mahal berbanding dengan barangan plastik lain kan. Kebetulan ada duit lebih disebabkan moratarium sempena PKP. Dapat lah ibu melunaskan impian lama yang nak buat koleksi Tupperware berwarna ungu. Koleksi ibu tak banyak pun sebenarnya. Masih dalam tempoh mengumpul. Beli sedikit-sedikit nanti lama-lama jadi bukit kan?

Koleksi Tupperware Berwarna Ungu Milik Ibu Mifzal

Ibu berminat dengan brand Tupperware dah lama juga. Rasanya dari tahun 2009 kot. Masa itu membeli tak pikirkan warna lagi. Main beli sahaja. Koleksi Tupperware ibu yang pertama adalah bekas beras. Kemudian Abah Mifzal ada hadiahkan ibu satu set bekas yang bercorak snow sebagai hadiah anniversary. Selepas itu lama ibu mengabaikan minat ibu yang satu ini. Banyak kekangan tak sempat nak fikir nak kumpul koleksi tupperware apa. hehe.

BACA INI : Minat Barangan Tupperware

Tahun 2020 ini, disebabkan COVID-19, banyak masa terluang di rumah di samping tugas-tugas bekerja dari rumah (BDR). Dapat lah ibu menelek-nelek barangan Tupperware yang dijual di Shopee. Apa lagi, masa untuk menghabiskan duit dah sampai. Mentang-mentang masa itu kan byk dapat moratarium..Hehe, apa lagi shopping tupperware lah. Haha. Tetapi, tak adalah banyak pun ibu beli, ikut budget. Beli sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan.

Set Hidangan Pretty Lily

Artikel ini, ibu hanya nak kongsi koleksi Tupperware Pretty Lily sahaja. Al-maklumlah belum banyak koleksi yang berjaya dikumpul. Koleksi lain bakal menyusul. Insya Allah. Hajat dihati tu memang nak buat ruangan khas untuk barang-barang Tupperware. Tak Tahu lah jadi kenyataan atau tidak :p

Pretty Lily ini kalau diikutkan tidak dijual dipasaran Malaysia sebaliknya di pasaran Indonesia kalau tak silap ibu. Tak kisahlah, janji warna purple heh. Jadi agak sukar jugak sebenarnya nak hunting koleksi ini disebabkan stok yang terhad.

Pretty Lily Serving Center

Selain set hidangan dan serving center ini, ibu ada juga membeli pinggan (deep plate) dan bowl. Jadi lah kan. Ibu mencari-cari juga if set Pretty Lily ini ada yang size lebih kecil (petit). Tetapi, belum jumpa lagi setakat ini. Kalau ada, memang hajat dihati nak memilikinya. Hehe

Bowl & Plate Pretty Lily

Ibu percaya ramai pembaca blog ibu ini yang dh punyai koleksi barangan Tupperware bersusun kan? Best kan. Tak kisahlah hobi apa pun, janji dapat mengembirakan hati. 🙂

 2,132 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version