Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Terkejut ni…baca kisah mengenai keputusan Apek utk memutuskan pertunangan beliau dengan owner blog Jejari Runcing…
petikan daripada blog OhArtis
Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Sumber: Harian Metro & Andyhowtt.
hmmm….x pe la..kalau dah x de jodoh nak buat cemana..hope hal2 ini tidak mengganggu kosentrasi Apex dalam kerjayanya..pada Elia..diharapkan bersabar..
1,009 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini