Site icon Blog Ibu Mifzal

Kembali Kepada CELCOM Selepas 9 Tahun

Uih!! lama benar bersawang blog IbuMifzal.Com ni…hehe…bila ibu malas nak update macam ini lah. Jenuh nak cari mood berblogging yang dah pergi ke bulan gamaknya. Hehe. Okay, ibu nak kongsi cerita ini. Selepas 9 tahun ibu bertukar-tukar menggunakan pelbagai mobile network operator. Tak kira prepaid mahupun postpaid, akhirnya ibu kembali kepada CELCOM. Asalnya, line telefon bimbit ibu adalah prepaid Celcom. Mula-mula ibu beli masa ibu bekerja di Kuala Lipis, Pahang. Selepas itu ibu bertukar kepada prepaid Digi, kemudian postpaid Digi. Terpengaruh dengan promosi line postpaid Maxis, langgan dapat handphone percuma, jadi ibu bertukar pula kepada postpaid Maxis.

Kad sim postpaid Celcom

Pening pakai postpaid, sebab selalu dapat bil bulanan melambung kerana kesilapan sendiri juga, tak langgan data tapi data ON, mendapat lah bil beratus-ratus sebulan. Jadi ibu tukar pula pada prepaid Maxis. Bertahun pakai prepaid Maxis, walaupun ramai yang bagitau tak bagus, dengan coverage yang tak berapa nak ada di kawasan kediaman ibu, ibu still bertahan.

Bertukar-tukar Network Operator

Tetapi selepas keluar prepaid Altel, ibu beralih pula kepada Altel. Hampir 2 tahun juga lah pakai Altel. Altel bagus juga caverage dia. Cuma tak larat nak langgan data yang mahal dan ciput. Bayangkan, langgan 1GB, RM25.00 utk tempoh 90 hari. Agak-agak sempat bertahan 90 hari tak data tu? kalau tak guna tahanlah.. kalau guna, tambah penggunaan yang heavy. Seminggu pun tak bertahan kan. Sebelum ini, di pejabat dan di rumah ibu menggunakan Wifi Streamyx. Tetapi sejak Wifi Streamyx di pejabat ibu dipotong kerana pejabat telah dibekalkan dengan internet Gov.my dan sambungan hanya melalui cable sahaja. Selalu kan, ada je dokumen dan gambar-gamabar aktiviti dihantar melalui whatsapp, jadi kalau tak ada sambungan internet di telefon, macam mana nak download kan. kerja pun tergendala.

Jadi fikir punya fikir, ibu kena juga langgan data ni. Walaupun di rumah pula ibu menggunakan Streamyx Wireless EVDO, namun kelajuannya memang tahap siput lah. Ada lagi ke yang guna kelajuan 384kbps. Hahah, ibu je kot. Bukan apa, ibu dah apply Streamyx 4Mbps tapi permohonan masih belum boleh diproses sebabnya kawasan perumahan ibu ini baru dan belum ada tiang telefon. Kena tunggu ramai yang apply baru pihak Telekom akan pasang. Haha, jenuh nak tunggu. Dah, lah sekarang dah tak ramai orang pakai telefon rumah. Hmm!

Okay, panjang permulaan cerita. Hehe.

Kembali Kepada Celcom

Ibu sebenarnya tahu pakej Celcom First Gold ini pun melalui Abah Mifzal. Katanya data 10GB dengan langganan RM80 sebulan. Tertarik pula. tapi bila selidik..eh data hanya 5Gb tapi dapat percuma lg 5Gb untuk hujung minggu…ooo tertarik juga. Tapi dalam masa yang sama ibu google juga pakej internet yang disediakan oleh semua pennyedia rangkaian internet ni..yang menarik hati ibu cuma Celcom dan Digi. Umobile memamg menawarkan pakej internet yang sangat menarik tetapi coverage di kawasan kediaman ibu agak tidak bagus, begitu juga Digi. Akhirnya, ibu pilih Celcom. Jadinya, selepas 9 tahun, ibu kembali kepada Celcom. Hehe, itu saja nak cerita hehe.

Pelan pascabayar Celcom

Jab! Jab, ada sambungan lagi. Hehe.

Yang bestnya, walaupun ibu telah banyak kali bertukar-tukar operasi network telefon ni tetapi ibu masih lagi kekal menggunakan nombor telefon yang lama yang dah 9 tahun ibu guna. Sayang tau nak tukar nombor lain. Ibu kekalkan nombor dengan menggunakan service MNP (Mobile Number Portability). Yang sangat-sangat bestnya, sekejap sangat proses MNP ni. Tidak sebelum-belum ini yang akan memakan masa selama 3 hari untuk MNP. Pihak Altel amat cepat di dalam memproses permohonan ibu. Ibu register dengan pihak Celcom dalam pukul 2.30 petang, pukul 5.00 petang dah siap porting in nombor ibu ke Celcom. Dan ibu dapat menikmati service Celcom di petang yang sama ibu terminate akaun dengan Altel. Mudah dan cepatkan?

 2,077 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version