Ibu terkejut dan jakun bila melihat gambar-gambar yang viral dan trending di media sosial masa ini mengenai kapal mewah yang diberi nama Equanimity yang dikatakan milik Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Dikatakan kapal mewah Equanimity dibeli dengan duit yang diselewengkan daripada dana 1MDB. Benar atau tidak, ibu tidak berani komen. Biarlah undang-undang yang menentukannya.
Kapal mewah Equanimity ini telah dirampas oleh pihak Kerajaan Indonesia dan telah dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia. Kapal tersebut selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1 petang, 7 Ogos 2018. Jom kita tengok kemewahan kapal ini yang pada ibu tidak tercapai dek akal fikiran. Al-maklumlah, ibu hanya rakyat marhaen.
Video dan Gambar Kemewahan Kapal Layar Equanimity
Mewah kan? Patutlah harganya sampai berbillion. Aduhai. Mimpi mati hidup balik pun belum tentu dapat jejak kaki ke kapal semewah ini.
2,760 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini