Site icon Blog Ibu Mifzal

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

 

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Antara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :-

Buku & Alatan Tulis

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian

Klinik / Optometri / Cermin Mata

Makanan Dan Minuman

Hotel dan Penginapan

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan

Produk IT

Lain-Lain

Ibu pun baru tahu ni..rupanya ada ya kad diskaun utk pelajar IPT. KADS1M ini telah pun dilancarkan pada 2 Julai yang lalu oleh Timbalan Perdana Menteri. Ia bertujuan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara. Ia menawarkan potongan harga antara 50 dan 60 peratus bagi pelbagai jenis barangan. Alhamdulillah..byk tu..lebih separuh harga..

Rasanya pelajar PLK pun dapat ni cam Baucer Buku 1Malaysia dulu..cuma bila dilihat syarikat-syarikat yang mengambil bahagian…x byk la yang boleh digunakan..mcm tempat ibu ni yg ada pun KFC..haha..kalu gini, hari2 la makan KFC..huhu. hope makin byk syarikat yg ambil bahagian.

ps : ada x diskaun yuran belajar? hehe

 946 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version