Site icon Blog Ibu Mifzal

Jom Follow IbuMifzal.Com di Aplikasi TikTok

Lama tak bersiaran di laman web IbuMifzal.Com. Rasa macam dah lebih 2 tahun ibu biarkan blog kesayangan ini bersama. Macam itu lah bila mood menulis blog ke laut dalam. Susah nak mencari ubatnya. Memikirkan sayang dibiarkan blog ini terkubur, ibu perlu juga menulis walaupun sedikit. Bulan-bulan kos hosting kena bayar juga. Memang membazirkan jika dibiarkan. Selagi mampu, ibu cuba untuk tidak membiarkan blog yang ibu bina sejak tahun 2008 ini sempena kelahiran buah hati ibu nan seorang dulu. sudah 17 tahun usia blog ini. Lama dah. Anak ibu itu pun sudah meningkat remaja dan bakal menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Artikel kali ini, ibu nak share mengenai akaun TikTok IbuMifzal.com.

Scan & tekan butang ‘Follow’

Akaun TikTok Masih Baru, Jom Follow

Okay, berbalik pada tajuk artikel ini, ibu ingin mengajak kawan-kawan pembaca blog yang masih setia dengan blog ini, untuk follow atau ikuti ibu di akaun TikTok ibu. Ibu sebenarnya, agak baru dengan aplikasi TikTok ini, sebelum ini agak aktif di Facebook sahaja. Tetapi rupanya, bagus juga aplikasi ini. Lagi-lagi akaun ibu baru sahaja dapat aktifkan showcase atau beg kuning iaitu affiliate. Jadi, ibu cuba-cuba lah untuk menjana income pasif, selagi ada peluang kan. Jangan lupa jengah profile dan showcase akaun TikTok ibu ya. Kawan-kawan boleh scan QR code di atas atau boleh juga tekan LINK INI untuk ke akaun TikTok IbuMifzal.Com.

Jom follow TikTok IbuMifzal.Com

Disebabkan akaun TikTok ibumifzal.com ini masih baru lagi, jadi masih belum banyak content atau video yang ibu post. Insya Allah, ibu akan perbanyakkan lagi content dalam akaun Tiktok ibu . Harap-harap dapat lah FYP hehehe. Niche content mungkin pelbagai. Ibu belum ada yang spesifik lagi di fikiran. Tak kisah lah kan, janji meriah hehe.

Jom Support Showcase @ Beg Kuning TikTok IbuMifzal.com

Jom jamu mata, kalau berkenan boleh beli

Terima kasih pada yang sudi follow blog ibu dari awal kewujudan blog ini sehingga sekarang. Ibu sangat-sangat hargai. Kepada yang baru follow, ibu amat mengalu-alukan dan terima kasih juga sudi support ibu.

Jom Kongsi!
Exit mobile version