Site icon Blog Ibu Mifzal

Ibadah Qurban Dan Akikah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Acara Qurban

sumber pic : al-fanshuri.blogspot.com

IBADAH QURBAN

PENGERTIAN QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

1) Sunat

2)Makruh

3)Wajib

4)Haram

DALIL IBADAH QURBAN

Qurban sangat dituntut dalamIslam. Dalil yang menerangkan waktu korban ialah firman Allahs.w.t.:

Ertinya: “Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berqurbanlah kerana-Nya.”

Ertinya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”.

SYARAT SAH QURBAN

1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban iaitu:

3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

SYARAT BINATANG QURBAN

Ulama’ bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.Di antara syarat-syaratnya adalah:

  1. Unta- berumur 5tahun masuk ke 6 tahun.
  2. Lembu/kerbau/kambing- 2 tahunl ebih.
  3. Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau sudahbersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.
  4. Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya.  Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama’yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra’ bin Azib iaitu sabda Rasullah SAW yang bermaksud : “4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus”.
  • Daripada hadith di atasUlama’ telahmengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
  1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
  2. Gila
  3. Berkudis walaupun sedikit.
  4. Haiwanyang baru melahirkan anak atau yang bunting.
  5. Tersangat kurus.
  6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
  7. Berpenyakit
  8. Tersangat tempang
    • Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.
  • Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
  • Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.
  • Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.
  • Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berqurban dengan seekor korban itu.
  • Adalah afdhal dibuat qurban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
  • Berqurban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik danlebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
  • Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.

SYARAT ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

  • Para ulama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan adalahorang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.
  • Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan keatas binatang qurban tersebut.
  • Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atauorang buta.

HUKUM DAGING QURBAN

Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging qurban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berqurban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

Qurban Sunat :

Bagi daging qurban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya qurban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firmanAllah Ta’ala dalam Surah al-Haj ayat 28: Maksudnya : “….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir.

Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging qurban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya qurban itu hanya mengambil sedikit daripada daging qurban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

Jika daging qurban itu ialah qurban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat qurban untuknya dan tidak boleh dihadiahkankepada orang kaya kecuali ada izinnya.

Haram menyedekah atau menghadiahkan daging qurban kepada orang kafir walaupun sedikit. Begitu juga tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat. Haram juga hukumnya ke atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang qurban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu’Alaihi Wasallam yang bermaksud “Siapa yang menjual kulit qurban (udhiyyah) itu maka tiada dikira qurban baginya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Begitu juga halnya, haram menjadikan kulit dan daging binatang qurban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan s edekah atau hadiah.

HIKMAH IBADAH QURBAN

Di antara hikmah yang diperolehi daripada ibadah qurban ini amat besar antaranya:

  1. Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah SAW: Maksudnya: “Qurban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al- Hakim)
  2. Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: “Hai Fatimah, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar danIbnuHibban)
  3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Sabda Rasullah SAW: Maksudnya: “Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang muliadi sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani)
  4. Rasullah SAW pernah bersabda: Maksudnya : “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahawa qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat qurban itu dengan hati yang bersih.” (Hadithriwayat Tirmidzi)
  5. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ’anhu katanya, sabda Nabi SAW:Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersamakami di tempat sembahyang kami”.
  6. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim AS yang sangup menyahut perintah Allah Ta’ala untuk mengorbankan anak nyaNabi Ismail AS.
  7. Melahirkan tanda bersyukur kepadaAllah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah.
  8. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

IBADAH AKIKAH

PENGERTIAN AKIKAH

Akikah ialah sembelihan binatang an’amiaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH AKIKAH

Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

DALIL DAN WAKTU MELAKUKAN AKIKAH

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullahs.a.w.:

Yang bermaksud: “Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”

SYARAT AKIKAH

  1. Berniat akikah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

SUNAT-SUNAT AKIKAH

  • Berdoa semasa hendak menyembelih:
Yang bermaksud: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah…” (menyebut nama anak).
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin. Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

HIKMAH IBADAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

  • Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  • Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  • Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

PERBEZAAN ANTARA IBADAH QURBAN DAN AKIKAH

Terdapat beberapa perbezaan antara qurban dengan akikah:

  1. Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
  2. Daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
  3. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
  4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.
sumber artikel : trganu.uitm.edu.my
ps : sama-sama kita dapat manfaat darinya. 

 2,013 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version