Site icon Blog Ibu Mifzal

i-Suri : Caruman KWSP Untuk Suri Rumah

Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah adalah merupakan salah satu janji 100 hari manifesto kerajaan Pakatan Harapan selepas mendapat kuasa untuk mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Skim caruman KWSP untuk suri rumah ini juga dikenali sebagai i-Suri atau Program Sukarela Insentif yang membolehkan suri rumah menikmati sekuriti sosial berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.

100 Janji Pakatan Harapan : KWSP Untuk Suri Rumah

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan fasa bertama i-SURI akan dilaksanakan bermula 15 Ogos 2018 ini. Program ini akan melibatka tiga fasa pelaksanaan. Di mana anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.

i-Suri : Program Sukarela Insentif

BACA INI : Bayaran Peringkat Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018

i-Suri : Program  Sukarela Insentif (Caruman KWSP Untuk Suri Rumah)

Merupakan caruman sukarela KWSP dengan insentif khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih.

Manfaat Sumbangan Kerajaan

Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi carumamn tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.

Manfaat Ahli KWSP

Manfaat sebagai ahli KWSP adalah termasuk :

Kelayakan Pencarum i-SURI

a) Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk :

b) Warganegara Malaysia

c) Belum mencapai umur 60 tahun

d) Mencarum sekurang-kurangnya RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun

Pendaftaran

Pendaftaran ahli KWSP / i-SURI bagi individu yang layak bermula 15 Ogos 2018 di mana-mana kaunter KWSP

Pembayaran Caruman

Boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu :

Saluran Pertanyaan

i-SURI

Insentif i-SURI

 4,629 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version