Site icon Blog Ibu Mifzal

Hilang Atau Rosak Dokumen Penting, Tidak Perlu Lapor Pada Polis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu dengar berita kat TV3 semalam (setelah lama x tgk berita kat TV3..hehe) mengenai tidak perlu membuat laporan polis jika kehilangan atau kerosakan dokumen penting iaitu

Sebarang kehilangan atau kerosakan dokumen penting tidak perlu lagi dilaporkan kepada polis.

Sijil lahir, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, dokumen pendaftaran kenderaan, lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am, Bilangan 3, 2011 dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, 29 September lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, 6 April lalu memutuskan ia sebenarnya amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Tahun lalu, 2.8 juta laporan polis diterima.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis.

sumber : TV3.com.my

bagus jugak benda ni di apply kan..bukan apa..kalau semua benda hilang or rosak nak lapor polis..jenuh la polis nak wat kerja…lagipun kalau benda2 remeh cam ni hilang..rsnya polis pun x de masa nak layan or siasat bagai..kira mmg memudahkan kerja polis dan memudahkan rakyat lah…

mungkin kehilangan dokumen-dokumen ni bukan disebabkan kecurian atau jenayah lain..mungkin hanya disebabkan kelalaian tuan punya dokumen kan..so rsnya patutlah aduan kes2 kehilangan dan kerosakan ini dibuat terus kepada jabatan atau agensi yang terlibat. bukan sahaja memudahkan..malah boleh mempercepatkan proses penggantian dokumen2 tersebut.

ps : dokumen penting perlu disimpan dengan cermat 🙂

 1,475 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version