Site icon Blog Ibu Mifzal

Hasil Seni Kreatif Di Taska Permata

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam ketika mengambil Mifzal Arsyad di Taska Permata Tapah, ibu diberikan hasil seni kreatif Mifzal Arsyad sepanjang tahun 2012. Teruja. Pandai anak ibu mewarna, melukis, menulis, membuat kraf dan sebagainya. Boleh lah lukisan dan kraftangan ini ibu simpan untuk dijadikan kenangan.

Dalam gambar di atas adalah sebahagian dari hasil seni Mifzal Arsyad. Ada lagi hasil seni Mifzal Arsyad ini yang tiada dalam gambar seperti baju t-shirt yang gambarnya dilukis dan diwarnai sendiri. Comel!!

Hari ini pula adalah hari terakhir sesi sekolah Mifzal Arsyad di Taska Permata setelah dua tahun di situ. Sedih pula ibu, sebab banyak juga kenangan bersama anak-anak taska dan pendidik Taska Permata Tapah itu. Walau ada juga program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa & Pendidik yang ibu tak dapat join kerana kekangan kerja tetapi perhubungan silaturahim di antara kami tetap mesra.

Oh!! Teringat-ingat pula kawan-kawan Mifzal Arsyad yang sering memanggil ibu sebagai ibu atau kadang-kadang ibu Boboy ketika ibu join aktiviti bulan bersama mereka. Terasa seperti punyai ramai anak pula ketika itu. 😀

ps : ibu pasti rindu pada kalian anak-anak yang comel 🙂

Posted from My Samsung Galaxy Note

 1,580 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version