Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Semalam..Mifzal Arsyad kelihatan happy…semalam juga merupakan hari pertama Mifzal Arsyad di Taska Permata Negara (PAPN).
Alhamdulillah..ada rezeki masuk ke taska permata..dah lama nak hantar mifzal ke situ..dari umur mifzal 2 tahun lagi..tp di sebab kan kt daerah yg ibu bermastautin ini sgt terhad bilangan taska ini..yg ada pula sgt jauh dgn rumah or pejabat ibu…syukur sgt bila tahun ni taska permata ini dibuka di Tapah n diberi peluang kepada anak2 kakitangn awam menghantar anak2 ke taska yang berkualiti dengan kos yang tersangat rendah (tiada yuran bulan cuma kos sumbangan untuk Persatuan Ibubapa & Pendidik dlm RM20.00 / sebulan)..ya lah..x semua gomen staff ni berpendapatan tinggi kan..huhu..
Syarat utk hantar anak ke taska ini terbuka pd kanak2 berumur 2-4 tahun saja dan pendapatan ibubapa (Isi Rumah) pula di bawah RM3000.00 / sebulan.
Ibu gambled je hantar borang permohonan tu sbb kalu ikut kan pendapatan mmg x layak..tp memandangkn kawan ibu ada yg dpt hantar anak ke taska permata walhal gaji kwn ibu n suaminya mau dkt RM7000 / sebulan rsnya…n kawan ibu pun mmg galakan ibu pohon..so ibu try la dgn harapan yg agak tinggi gak..
Dr bulan Jan 2011 lg taska ini diwar2 kan mahu dibuka..tp tunggu punya tunggu..sampai awal bulan April pun x de khabar berita..So ibu pun cam putus harap lah…buat conclusion x dpt la kot..ckp nga nga Abah Mifzal..terus hantar pengasuh je la even agak costly kan n Abah Mifzal pun nmpk x kisah sbb dia yg byr pengasuh..masih mampu bayar RM300.00 / sebulan..huhu..
Seingat ibu pd 13hb April 2011, ibu dapat call n faks surat dr Pejabat Dearah mengatakan permohonan utk hantar anak ke taska permata diluluskan…alhamdulillah syukur…mati2 mmg ingt x dapat dah..hehe…mujur la dpt..
Terima kasih banyak buat kawan ibu, Ziela..sbb bg idea kat ibu utk apply taska ni..ibu bukan apa..sgt kesian dgn Mifzal selalu bgtau ibu yg dia x de kawan..ya lah kat umah pengasuh pun dia je yg kecik..so pas ni dapat la dia kawan puas..hehe..”anak gembira, abahnya senyum (leh jimat duit upah mengasuh)”
Posted by Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey from WordPress for Android using HTC Wildfire
1,580 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini