Site icon Blog Ibu Mifzal

Hari Ini Hari Cuti

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Hari ini memang lah hari cuti. Kan tahun baru, jadi cuti umum lah. Hehe, tapi ibu tak ada pergi ke mana-mana pun. Lepak di rumah sahaja kami anak beranak. Lagi pun esok ibu dah kerja. Nak sambung cuti, office pula tak ada rang jaga (Hehe, macam lah ibu ini kerja guard kan nak kena jaga office pula. Hehe). Aktiviti ibu hari ini pun macam biasa aktiviti cuti hujung minggu. Aktiviti utama sudah pasti aktiviti mengemas rumah. Tapi kan, walau pun selepas habis kemas still juga berselerak. Biasa lah, bila ada anak teruna yang suka sepahkan barang-barag. Ibu sambil mengemas sambil lipat kain sambil basuh kain. Cuaca pula redup sahaja. Mendung. Jalan pula tak kering kain baju ibu karang. Hmm.

Sambal tempe, ikan bilis, fucuk dan suun.

Selain itu, hari ini juga entah kenapa, ibu teringin sangat hendak makan sambal tempe dengan kentang yang bubuh sekali dengan ikan bilis, su un dan fucuk tu. Ala, makanan tu makanan orang jawa rasanya, Ini disebabkan ibu duduk teringat-teringat yang ibu ada makan tempe itu masa kenduri tahlil arwah nenek Abah Mifzal. Sedap sangat sampau boleh teringat-ingat. Jadi, pagi tadi ibu suruh lah Abah Mifzal pergi pasar beli bahan-bahannya. Ibu nak try buat. 1st time buat ini  boleh dikira menjadi la kan. Hehe. Perasan! Ala janji tekak ibu boleh telan.

Telatah Mifzal

Dah siap menjamu selera, ibu duduk lah melayan Mifzal ni. Sekarang ini sedikit susah lah hendak ambil gambar Mifzal. Mifzal macam tak berminat pandang kamera handphone ni dah. Lepas itu tak duduk diam la pula. Gambar pun jadi bergoyang dan kabur. Huhu, layankan saja lah.

Khusyuk duduk telek kerusi. Apa benda lah ini?
Oh! Untuk duduk rupanya, ingatkan boleh dimakan.

 841 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version