“Hip, hip, hoorreeey!!”
Alhamdulillah, ibu rasa lega sangat hari ni, sebab kesibukan akhir tahun dah selesai. Tadi, dah settle kerja ibu buat stok taking. Dah siap check dan siap buat laporan dah. So, boleh lah ibu goyang kaki. Hehe, tapi sebenarnya ibu ada sedikit frust juga lah sebab hujung tahun ini ibu tak dapat nak ambil cuti pergi makan angin ke mana-mana. Huhu, sebab cuti ibu dah habis. Lepas itu staff office yang lain pula semua pakat ambil cuti. Tinggallah ibu dekat office seorang, Rata-rata mereka ambil cuti bermula hari Krismas ini sampai lah tahun depan. Jealous ibu. Ibu lah nanti yang jadi jaga dan tukang tunggu office. Hmm, mesti boring sebab ibu seorang sahaja.
Angan-Angan
Kalau ikut angan-angan ibu dan perancangan yang tak menjadi, kami sekeluarga berangan nak bercuti ke Pulau Pangkor. Nampak gayanya kena tangguh tahun depan la. Tahun ini tak ada jalan-jalan makan angin. Huhu.
Lagi satu, ibu nak juga balik kampung ibu di Kelantan, ingat nak juga jumpa adik ibu yang akan bertukar tempat kerja ke Labuan awal tahun nanti. Entah bila lah dapat jumpa pula. Tahu lah kan bila dah jauh-jauh, macam ini dah sah susah nak jumpa nanti. Kalau dapat jumpa pun time raya sahaja kot. Tapi hopefully adik ibu dapat balik berpantang di Kelantan selepas bersalin nanti. Boleh lah ibu tengok baby baru nanti. Bakal sepupu Mifzal. Hendak tunggu ibu ke Labuan, tak tahu bila nak pergi kan.
ps : saat ini, memang ibu rasa rindu sangat dengan keluarga ibu. Huhu.
2,105 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini