Site icon Blog Ibu Mifzal

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Mulai Esok (7 Jun 2012)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. – Bernama

Alahai..RON97 je ke? RON95 x mau turun? hmm..dulu sblm ada RON95, mmg guna RON97, tapi skang dah x mampu lg..dengan harga RM1.90/seliter, penggunaan petrol RON95 ibu sekeluarga mencecah RM700.00 sebulan..kalau la masih gunakan RON97 sekarang, mau perbelanjaan untuk minyak petrol sebulan mencecah RM1000 atau lebih..huhu..bayangkan RM1000 lbh sahaja utk minyak petrol…gaji berapa je? huhu…sedihnya, bila ingat2 balik…

Minyak petrol RON97 ni mmg x de subsidi dari kerajaan kan? dan kualiti mmg la lagi ok dr RON95 tapi yg ibu pelik..apasal harga RON95 (minyak kualiti kurang dr RON97) tanpa subsidi lebih mahal dari harga RON97? lepas tu, kalau ada pelepasan cukai pun..x dimaklumkan berapa nilainya…kenapa  x bagi subsidi kepada minyak petrol RON97 je..supaya minyak petrol yg lebih berkualiti dapat digunakan oleh semua lapisan rakyat..?

ps : kat area tempat tinggal ibu ni skang, stesen minyak petronas x de menjual minyak RON97, sblm kuar RON95, ada je jual..yg jual RON97 hanya di stesen SHELL…hmm

 1,026 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version