Site icon Blog Ibu Mifzal

Happy 15th Wedding Anniversary Ibu dan Abah Mifzal

27 Mei 2007, ibu dan Abah Mifzal telah diijabkabulkan di dalam majlis kesyukuran perkahwinan yang sederhana. Alhamdulillah, majlis perkahwinan Ibu dan Abah Mifzal lancar. Perjalanan pengantin lelaki bersama keluarga dari Perak ke Kelantan melalui Jalan Raya Timur Barat, pada malam sebelumnya amat ditunggu-tunggu. Debar juga hati ibu bila mengenangkan perjalanan yang jauh dan melalui jalan yang berliku. Kenangan di majlis perkahwinan itu masih segar di ingatan kami. Rupanya sudah 15  tahun berlalu. Happy 15th wedding anniversary buat Ibu dan Abah Mifzal.

Moga hingga ke Jannah

Selama 15 tahun ini, banyak pengalaman kami lalui bersama. Syukur, semoga ikatan rumahtangga yang dibina bersama kasih dan sayang kami akan terus utuh dan kekal hingga hujung nyawa. Ibu amat bersyukur kerana ditemukan dengan jodohnya baik dan bertanggungjawab. Alhamdulillah, kekurangan isteri banyak ditutup dengan kelebihan sang suami. Begitu juga sebaliknya. Kami cuba untuk lengkap melengkapi seadanya.

Happy 15th Wedding Anniversary Ibu dan Abah Mifzal

Rumah tangga kami dihiasi dengan kehadiran Mifzal. Walaupun setakat ini, rezeki anak cuma seorang sahaja, tetapi kami tetap bersyukur. Meriah keluarga kecil kami dengan gelak tawa Mifzal. Anak ini pula cukup pandai mengambil hati ibu dan abahnya. Mifzal juga sudah kini berusia 14 tahun. Sudah besar anak ibu dan abah ini.

Your browser does not support the video tag. https://ibumifzal.com/wp-content/uploads/2022/05/Happy-15th-Wedding-Anniversary-Ibu-Abah-Mifzal.mp4

 

Moga Allah SWT sentiasa melindungi hubungan ibu dan Abah Mifzal serta merahmati keluarga kecil kami ini. Aamiiin.

 2,459 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version