Site icon Blog Ibu Mifzal

Hadiah Anniversary?

Oleh kerana mood ibu sekarang ini mood menjahit baju, jadi Abah Mifzal bagitau 2 buah mesin jahit ini adalah hadiah anniversary kami yang keenam. Hehe..Terima kasih Abah Mifzal. Walaupun dapat mesin jahit berjenama Singer ini 3 hari lebih awal dari tarikh anniversary, tetapi tetap aci juga lah dibuat hadiah. Hehe..

2 helai baju sudah siap. Dapat jer mesin-mesin ini, laju je ibu mula menjahit. Masih menanti 8 helai kain pasang lagi. Senang nak menjahit sebab ada mesin jahit tepi sekali..kalau salah potong kain, boleh alter terus. Malam-malam pun boleh menjahit tanpa halangan. Kalau dulu, nak kena tunggu siang hari baru kedai jahit tepi buka. Mood nak menjahit pun terbantut. Tapi kini tidak lagi..Haha..seronoknya.

Baju pertama yang dah siap. Dah rasmi dah pun, pakai masa pergi kenduri kat Penang hari Sabtu lepas. Okay…dah jimat RM65 upah jahit baju sepasang 😀

 1,640 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version