Site icon Blog Ibu Mifzal

Guna Skincare Hada Labo

Kengkawan guna skincare apa? Terkini, ibu sudah 9 bulan mengamalkan skincare Hada Labo. Ibu pilih set Whitening. Al-maklum, masih tak putih-putih juga walaupun dah guna macam-macam brand skincare hehehe. Ada yang local dan ada juga yang dijual di farmasi ataupun drugstore. Sebelum ini pun, ada beberapa brand skincare yang telah ibu kongsikan review dan kesan penggunaannya.

Set Skincare Hada Labo

Banyak sebab kenapa selalu bertukar-tukar produk penjagaan wajah ini. Antaranya, ada yang mengandungi racun berjadual, ada yang harganya tak mampu milik, ada yang lambat nampak kesan dan macam-macam lagi lah. Ibu ni bukan penyabar sangat orangnya..heheh. Jadi, setelah 9 bulan menggunakan Hada Labo sebagai produk penjagaan wajah yang utama (ada juga brand produk lain yang ibu campur), baru tergerak nak buat review.

BACA INI : Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Sebenarnya dah lama teringin nak mencuba produk Hada Labo ini. Terpengaruh dengan iklan tv hehe. Tapi pada ketika itu, ibu masih rasakan harganya agak mahal. Baru kini ada rezeki menggunakannya. Dan, Boleh dikatakan ibu berpuas hati juga lah dengan produk ini. Harganya boleh tahan tapi kadang-kadang ada kedai seperti Watson dan Guardian yang selalu buat promosi jadi, dapatlah ibu beli dengan harga yang berpatutan. Lagi pula produknya perlu banyak. Cukup 3 atau 4 produk sahaja. Sebenar produk asas sudah mencukupi iaitu cleanser, whitening lotion dan whitening milk. Tapi, sebab ibu ni jenis tak puas hati kalau tak beli satu set kan, jadi ibu tambah lagi satu produk iaitu essenceHarga produk-produk Hada Labo adalah di antara RM25.00 – RM80.00. Lebih jimat jika membelinya semasa promosi.

Langkah Pengguna Skincare Hada Labo

Langkah Penggunaan Skincare Hada Labo Whitening Set

Antara kesan yang ibu rasai ialah, kulit semakin licin, bintik-bintik hitam kian pudar dan tona kulit yang kian sekata. Cuma, kadang-kadang terasa juga kulit mengering dan mengelupas tetapi mungkin kerana ibu kurang minum air. Pengelupasan itu tidak adalah teruk, sedikit sahaja terutama di bahagian pipi. Tetapi selepas menggunakan scrub, kulit menjadi licin kembali. Yang masih tidak berubah ialah lingkaran gelap di bawah mata ibu hehe…susah benar mau hilang 😀 Mungkin kena cuba produk yang dikhaskan untuk masalah ini.

Skrub St. Ives & Masker Betik Avon

BACA INI : Pengalaman Menggunakan Produk Bio Essence Tanaka White (Double Whitening)

Selain Hada Labo, ibu juga ada menggunakan produk scrub apricot St. Ives. Serius, produk ini memang best. Selain baunya yang sangat sedap, kesannya juga sangat bagus. Kulit terasa sangat licin selepas menggunakannya secara rutin 3 kali seminggu. Di samping itu, ibu juga ada menggunakan produk masker dari pada avon iaitu Brightening & Smoothie Mask (Papaya). Produk ini pun ibu suka sebab bila pakai je rasa sejuk je kulit dan kulit akan menjadi lembap selepas menggunakannya. Ia sangat sesuai untuk kulit kering. Harga bagi kedua-dua produk ini pun sangat murah. Untuk skrub, ibu beli dengan harga RM18.00 lebih semasa promosi manakala masker berharga RM7.00 lebih pun dibeli ketika harga promosi 😀

 7,825 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version