Site icon Blog Ibu Mifzal

Google Adsense : Now Re-Enable

Akhirnya, Google Adsense : Now Re-Enable. Setelah penantian lebih sebulan, Google Adsense di blog ini dapat diaktifkan semula. Sebelum ini, ia telah di ‘disable‘ kan oleh pihak Google pada 12 Feb 2013 yang lalu kerana didakwa melakukan kesalahan seperti di dalam gambar di bawah.

Adeh! Dapat email dari Google ketika balik ke kampung halaman ibu tempoh hari buat ibu garu kepala. Dengan kekangan masa untuk ber ‘online‘, ibu agak lambat mengambil tindakan. Susah untuk periksa ‘code’ iklan yang mana yang bermasalah. Tambahan 2 hari sebelum itu, blog ibu di’hacked‘ oleh hacker dari Bangladesh.

Selepas balik dari bercuti, ibu membuang coding-coding yang ibu fikir mungkin menyalahi polisi Google Adsense. Kemudian ibu hantar request untuk enable balik iklan adsense di blog ini. Rasanya, ketika itu, bukan blog ibu sahaja yang di ‘blocked‘. Blog Yanmie pun turut mengalaminya.

‘First request’ untuk ‘re-enable’ tidak berjaya. Pelik juga sebab ibu rasa ibu dah buang semua code adsense dalam blog ibu. ‘Second request’ juga tidak berjaya. Apa lagi yang salah ibu tidak pasti.

Masalah Alternate Ads Punca Adsense Disekat

Ibu ada bertanyakan kepada blogger Yanmie mengenai masalah ini dan Yanmie cadangkan membuang ‘coding’ adsense yang ibu pasang sebagai ‘alternate ads’ untuk Komli Media. Selepas membuat apa yang disarankan, ibu menghantar sekali lagi request untuk re-enable ads.

Lama juga menunggu balas email ketiga. Sampai, ibu rasa macam dah tiada harapan. Ada satu masa tu ibu, langsung tidak memasang apa-apa iklan pun di blog ibu. Frust punya pasal kan.

Benarlah, ‘alternate ads’ itu lah puncanya. Mujur, selepas sebulan, email yang dinanti-nanti muncul jua. Terubat terus lara di hati..hehe. Bukan apa. berbanding penyedia iklan yang lain, Google Adsense adalah yang terbaik bagi ibu kerana earning yang agak masyuk 🙂

Terima kasih En. Google 😀

ps : Kembali juga menggunakan khidmat cloudflare sebab blog ini kerap di hacked kebelakangan ini.

 2,946 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version