Site icon Blog Ibu Mifzal

Golden Churn Butter : Kek Lapis Guna Bahan Tidak Halal Perlu Dimusnahkan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

isu butter Golden Churn ni masih belum reda, butter ini telahpun disahkan mengandungi DNA Babi oleh Jabatan Agama Islam Johor. walaupun demikian masih ada lagi pengusaha yang tidak berhati2 menggunakan butter tersebut terutamanya dlm pembuatan kek lapis..mungkin derang ni x alert atau sayangkan stok butter yang menimbum..ya la mmg costly la bila stok butter banyak n x leh diguna pakai..tp benda hukum ni x boleh dibuat main2..kalau dah sah benda tu haram..kalau guna jugak mmg cari dosa la..huhu

so..nak x nak pengusaha2 kek lapis ini perlu la memusnakan stok2 kek lapis ni w/pun ada yg dah melibatkan modal berjuta2 ringgit..nak salahkan pengusaha 100% pun x leh jugak.. masa dah dimaklumkan mengenai pengharam tersebut..kenapa pihak2 berwajib tidak merampas dan menghentikan import butter tersebut utk pasaran termpatan stok2 butter Golden Churn ni? kdg2 pengguna ni x alert kan..

ps : nasib baik la ibu ni jenis org yg x suka membaking..kalau x sure terbeli jugak..huhu..

 KUCHING : Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.

“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.
“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.

Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.

Sumber : Berita Harian

 1,599 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version