Site icon Blog Ibu Mifzal

Eizil.Com : Cadangan & Kritikan Penambahbaikkan?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebenarnya masih tercari-cari lagi idea untuk menulis tugasan terakhir contest yang dianjurkan oleh Eizil.Com. Mulanya, mahu mengikut tabiat lama, macam buat assignment, dekat-dekat waktu kena submit tu baru idea menjelma. Tetapi bila fikirkan due date tugasan ni sangat-sangat dekat dengan peperiksaan akhir semester, nampak gayanya, kenalah cari idea awal-awal menulis :D.

Ibu ni bukanlah seorang yang pandai dalam memberi cadangan apatah lagi memberi kritikan. Nak cadang atau kritik blog orang, blog sendiri pun ntah apa2 ya.. hehe. Terus terang, ibu memang tak berapa gemar tugasan sebegini. Hish…ibu tak pandailah nak bagi idea ni..idea apa ya nak cadang or kritik ni..lagi-lagi blog yang perlu dikomen ni, ownernya lagi hebat dalam dunia blogging ni di samping kemahiran teknikal yang dimilikinya. Namun apakan daya, contest tetap contest, tugasan perlu di buat. Okay, ibu cuba lah.

Cadangan & Kritikan Untuk Eizil.Com

1. Theme Blog

Kalau ikutkan memang dah okay, tapi citarasa orang kan berbeza. Pada ibu, ibu suka theme yang ada sidebar dan widget di setiap page. Mungkin Eizil tak bubuh sidebar dan widget tu, sebab sesetengah orang rasa benda tu serabutkan frontpage dan mungkin boleh kurangkan page loading kan. Walaubagaimana pun, bila klik utk baca entri, ada terdapat sidebar. ada je link pengomen tegar di page entri. tapi kalau dapat kongsikan link pengomen di frontpage, mungkin lebih bermakna pada mereka.

– Ibu cadangkan bubuh sidebar dan widget di frontpage..

2. Banner Header

Ibu perasan, Eizil.Com tak diletakkan banner header kan.  Header blog pada, ibu sepatutnya ada. Kadang tu, pembaca tengok header je, dah tau dah blog tu bertemakan apa kan. Kalau blog ibu, memang ibu tak letakkan banner header sebab tak kreatif untuk membuatnya, nak upah orang ongkos pula tak ada, kalau buat sendiri, x cantik hehe.

– So, cadangan ibu, kalau boleh letak header, letak lah.. 😀

Orai-orait, tak mau kritik banyak-banyak sebab dah tak ada idea dah..duk belek-belek blog eizil.com pun dah tak tau nak komen apa..lagipun tak banyak benda pun boleh dikomen orang yang tak pandai komen macam ibu ni..hehe

Okay, bagi entri terbaik pula, ibu surrender nak belek satu-satu entri kat blog Eizil.com. Ada 888 entri tu..banyak tu, kena ambil masa, tapi setakat yang ibu duk belek-belek tu..ibu berkenan nga entri ni.

Penggunaan Perkhidmatan Data Telefon Android Lebih Banyak Dari BlackBerry

Kenapa entri ni? sebab bila baca, say yes. ibu pun mengalami pengalaman yang sama setelah bertukar dari telefon Blackberry Torch ke Samsung Galaxy Note 2 ini. Masa guna Blackberry, tak pernah risau untuk tengok data yang dah digunakan. tak pernah abih qouta pun..pakej qouta 500MB tapi penggunaan sebulan pun baru 50MB. Tapi bila dah guna Cik Note, sangat terkejut, sehari, penggunaan data boleh mencecah 300MB. Dah la qouta masa tu masih 500MB, terpaksa naikkan pada 1GB dan kena pantau selalu dengan setkan limit penggunaan data.

ps : Okay, siap tugasan terakhir (i), yang (ii) menyusul kemudian nanti. 😀

 1,092 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version