Site icon Blog Ibu Mifzal

Drama Ramadhan Yang Hilang

Antara drama yang ditayangkan sempena pada bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi ialah Drama Ramadhan Yang Hilang di slot Samarinda TV3. Drama ini dilakonkan oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Azizah Mahzan, Zila Bakarin dan ramai lagi pelakon-pelakon handalan tanah air. Drama ini diterbitkan oleh Radius One Production dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.

Sinopsis Drama Ramadhan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Sumber : EDTV

 2,546 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version