Drama Cinta Bukan Kristal akan menghiasi slot Akasia TV3 yang sebelum ini diisi oleh drama Jangan Benci Cintaku bermula 8 Ogos 2018, jam 7.00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.
Drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Antara pelakon popular yang membintangi drama ini ialah Shahnaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh. Drama ini mempunyai 28 episod.
Sinopsis Drama Cinta Bukan Kristal
Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?
Lagu Dimatamu nyanyian Sufian Suhaimi telah dijadikan lagu tema drama ini. Selamat menonton. 😀
5,407 jumlah dibaca, 3 dibaca hari ini