Site icon Blog Ibu Mifzal

Drama Atas Nama Cinta Di Slot Akasia TV3

Assalamualaikum WBt & Salam Sejahtera

Drama baru yang akan mengantikan Gemersik Kalbu yang masih ditayangkan di slot Akasia TV3 pada jam 7.00 malam akan ditayangkan bermula 13 Februari 2012.

Drama yang diberi tajuk Atas Nama Cinta dilakonkan oleh Tasha Shilla (Balqis),
Shah Iskandar Mahfuz(Saiful/Ghaz), Fiza Halim(Cinta), Shahz Jaszle(Tengku Farish), Wan Shade(Sulaiman), dan Roy Azman(Ahmad)

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta

Drama Atas Nama Cinta mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada pengutip hutang yang mengejarnya. Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.

Apakah kesudahan drama ini? Bagaimana pula tentang perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa? Ikuti kesudahan drama Atas Nama Cinta nanti

ps : Gemersik kalbu pun ibu x dan nak tgk..dah nak kuar cerita lain dah..huhu

 1,836 jumlah dibaca,  5 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version