Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Al-Fatihah buat Allahyarham Dato’ Ahmad Jais.
Jenazah akan di bawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sekseyen 21. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.
Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. – Mstar.com.my
sumber : Yanmie Online
Takziah juga buat keluarga Dato’ Ahmad Jais. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
ps : yang hidup pasti akan mati1,736 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini