Site icon Blog Ibu Mifzal

Cik Note Kena Masuk Wad :(

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aduhai, sedih pula rasa, port charger battery Samsung Galaxy Note 2 ibu dah rosak pula. Ganas sungguh guna. Sekarang dah tak boleh caj bateri macam biasa. Kena guna external desktop charger. Dah kat sini, susah nak cari external charger tu, maka seminggu ini, memang tak dapat kuasa la cik note 2 putih tu.

Macam mana boleh rosak? Asalnya disebabkan oleh dak Boboy la..main rentap je wayar charger tu masa tengah caj. Selepas tu, bila nak caj je, wayar charger tu kena tindih dengan benda berat. Pastu, ibu ni suka-suka plak, bila dah tersekat, nak cucuk wayar tu…ibu tolak-tolak sikit kasi rapat. Terlebih tolak, dah patah dia punya coil (panggil coil ke?) yg dalam tu.

Adeh!! tak reti lah nak cerita dan gambarkan. Yang pasti tempat caj (yang kat cik note) tu dah rosak. Kena hantar masuk wad lah, sebab masih under warranty. Tapi nak ke Tanjong Malim (kedai yang ibu beli cik note 2) ni rasa jauh pula. Jadi tak tau la bila dapat hantar baiki. Kemalasan dan ke’frust’ an melanda. Kan best kalau ada duit banyak, memang cari yang lain la.. Hehe..

ps : ada yang nak sponsor phone baru tak? tapi tak mahu masuk contest…hahah

 1,047 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version