Site icon Blog Ibu Mifzal

Cashout Google Adsense Di Bank Rakyat

Alhamdulillah, ada rezeki untuk cashout Google Adsense bulan ini. Ibu terima email dari Google Adsense yang dah issued payment pada 24hb Ogos 2012 tetapi hari Khamis lepas baru ibu pergi tunaikan. Ibu cashout Google Adsense di Bank Rakyat. Pembayaran melalui Western Union memang pantas. Sehari selepas payment date dah boleh ambil dah.

Amount kali ni tak ada lah banyak mana. Sedikit sahaja. Orang kata, cukup-cukup boleh keluarkan sahaja. Minimum cashout adalah sebanyak USD100.00. Yang ibu punya ini lepas sedikit dari tahap pengeluaran minimun itu. Tetapi kan, bila tukar kepada mata wang duit kita Ringgit Malaysia, eh! banyak juga. Haha. Tapi tak ada lah banyak pun. Hehe.

Itu yg ibu suka dengan Google Adsense ini. Walaupun earning tak banyak tetapi bila sudah convert mata wang tu, rasa macam banyak pula. Hehe. Banyak pada ibu la, Tetapi kalau blogger lain mungkin dapat lagi banyak kan.

Cashout Google Adsense di Bank Rakyat Guna Western Union

Ibu juga suka guna service Western Union di Bank Rakyat sebab perkhidmatannya memang cepat. Kalau selalu guna service ni, bank akan bagi kad. Tapi ibu tak dapat lah sbb jarang-jarang sekali dapat guna pun. Hehe, kalau dalam sebulan 2-3 kali guna Western Union ini boleh lah apply kad.

BACA INI : Lebih Mudah Untuk Semak Akaun Google Adsense

ini merupakan kali ketiga ibu dapat tunaikan pendapatan online blog ibu melalui Adsense. Tak sangka, juga dalam menulis blog sebagai hobi, ada juga dapat pendapat pasif. Walaupun tak banyak, tetapi bagi blogger picisan macam ibu, Alhamdulillah, sangat-sangat rasa bersyukur. Ada juga pendapatan tambahan, disaat ekonomi yang makin mencabar. Hehe.

 1,662 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version