Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hari Sabtu, sehari selepas habis Peperiksaan Akhir Semester Julai 2012/2013, ibu meraikan kegembiraan kemerdekaan dari membaca buku di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah.
Sebenarnya lebih kepada desakan si hero kecik, Mifzal Arsyad. Dak boboy ni memang suka sangat mandi-manda. 2 minggu sebelum exam hari tu, dah pergi mandi-manda di Hot Spring Sungai Klah (tapi entry, masih belum sempat dibuat lagi..bakal menyusul nanti)
Kuala Woh ni, dekat sangat dekan Pekan Tapah, dalam 13 Km . Kira sangat dekat lah dengan office ibu, dekat pun, bercinta juga nak pergi tu, kalau saja-saja nak pergi tak ada la..sebab ibu ni bukan jenis kaki suka g rekreasi sangat.
Pagi-pagi lagi, kami dah sampai ke Kuala Woh. Kira antara yang terawal lah datang, mungkin baru start cuti sekolah, jadi, orang tak ramai lagi berkelah di situ.
ps : bestnya berendam 😀
2,791 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini