Lama ibu tak kongsi cerita pasal jenama peranti kegemaran ibu. Ibu memang peminat tegar Apple atau geng buah apple yang digigit. Walaupun tak banyak yang mampu dibeli tetapi adalah beberapa peranti sudah ada dalam koleksi ibu. Last ibu share masa ibu beli iPhone 6s Plus kot pada tahun 2016. Aduhai, dah 5 tahun dah berlalu. Alhamdulillah, peranti itu masih lagi berfungsi dengan baik. Koleksi peranti Apple ibu yang terbaru adalah iPad Air 4th Generation. Baru je sampai semalam, ibu beli online di Kedai ITWorld AAR Store. Pantas service nya. Satu hari dah sampai.
Sebenarnya, dalam tempoh 3 tahun ini, ada beberapa buah peranti Apple yang ibu sudah beli. Antaranya iPhone 11, Apple Watch SE dan Airpod 2. Itu sahaja yang termampu. Kehendak hati memang lebih lagi. Tapi perlahan-lahan lah kumpul. Alhamdulillah, ini pun bagi ibu sangat- sangat gembira dan bersyukur. Ada rezeki, kita tambah lagi koleksi.
iPad Air 4th Generation Jadi Pilihan
Okay, berbalik pada iPad Air 4. iPad ini adalah keluaran bulan Oktober tahun 2020 dan dikira agak baharu juga. Peranti ini lebih murah berbanding iPad Pro 5th Generation yang baru dilancarkan pada tahun ini. Harga iPad Pro baharu yang lebih mahal, tidak menjadi pilihan ibu buat masa ini. Walaupun teringin sangat nak menggunakan chip processor terbaru daripada Apple iaitu M1. iPad Air 4 ini pula dijana oleh chip bionic A14 seperti iPhone 12. Bagi ibu ini sudah cukup memadai.
Kenapa ibu beli iPad Air 4? Sebab lebih murah lah. Hehe. Storage 256GB dengan harga RM3149.00. Boleh dikatakan iPad budget lah kot. Skrin yang lebih besar itu sangat perlu, al- maklumlah mata ibu dah rabun dekat. Pakai phone dah tak nampak sangat. Kecil! Skrin bersaiz 10.9 inci ini memang memadai. Penting juga untuk anak ibu menggunakannya untuk PdPR. Tapi dah pesan, ini iPad ibu tau, kena jaga elok-elok. Hahaha!
2,086 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini