Assalamualaiku, WBT & Salam Sejahtera
baca Berita Harian pagi ini tentang pengharaman penjualan bebola agar-agar @ seeds growing kits..ala kalau ibu panggil jelly ball @ jelly crystal…yg selalu dibuat hiasan n letak pokok2 kecil dlm bowl tu..cam gambar bawah ni ha..
Budak anggap sebagai makanan
PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy’ terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
“Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.
“Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor,” katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
huhu…ibu pun ada jugak..wat hiasan atas meja kerja kat opis..kat umah pun ada tp ibu dah buang dah sbb dah lama..nasib baik mmg letak tempat yg tinggi kat umah n x leh dicapai oleh budak..mmg kalau dipikirkan logik mmg bahaya kan..sbb kanak2 mmg tertarik pada benda2 lembik n kenyal ni..derang ingat benda tu leh buat mainan..mmg baguslah pengharaman penjualan benda alah ni..utk keselamatan anak2 kita juga kan..
kalau ikutkan kes2 tertelan bendasing ni juga boleh dielakkan jika ibu bapa alert n sentiasa memantau anak2 mereka..
ps : jgn plak ada penjual lagi syg kan stok n terus jual benda ni..
1,002 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini