Site icon Blog Ibu Mifzal

Baru Dapat Google Rich Snippet

Alahai, baru sekarang dapat tengok gambar ibu kat senarai carian Google. Berjaya juga buatkan Google Rich Snippet untuk blog ini. Dah lama dah cuba buat profail Google+ ibu itu untuk  muncul di senarai carian Google, dari tahun lepas lagi tetapi baru sekarang berjaya. Muncul juga akhirnya.

Sebenarnya, masa para blogger tengah hangat berkongsi info dan tips bagaimana membuat Google Rich Snippet ini, ibu pun tak ketinggalan untuk mencuba. Tetapi entah apa silapnya setelah langkah-langkah yang diajar itu ibu ikuti namun masih tidak memunculkan avatar ibu dan Mifzal di senarai carian.

Banyak kali cuba tetapi tidak berjaya sehingga membuatkan ibu terus melupakan usaha tersebut. Cemburu juga dengan kawan-kawan blogger yang gambar profailnya muncul di senarai carian.

BACA INI : Pertama Kali Dapat Sitelinks Dari Google

Tukar Nama Blog Untuk Google Rich Snippet

Tak sangka pula. Baru-baru ini selepas ibu menukar nama blog ini. Iaitu daripada Ibu Mifzal kepada IbuMifzal.Com yang bersamaan dengan nama domain blog ini, gambar avatar ibu pun muncul. Wah! Seronoknya 😀 Mungkin ada ketidaksamaan profail G+ dengan nama blog kot. Hehe, ibu mengandaikan sahaja kerana tidak pasti puncanya kenapa?

Kena godek-godek juga baru dapat dan muncul gambar profile di carian Google. Seronok tak terkata. Hehe. Apa-apa pun, tak susah sebenarnya. Kena berani mencuba. 😀

 1,435 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version