Ibu nak kongsikan gambar kesayangan ibu. Baru berusia 3 minggu. Cepat masa berlalu, tidak sedar dah 3 minggu ibu bersalinkan si comel, Baby Mifzal. Anak ibu ini yang baik, tak banyak ragam pun. Susah nak dengan dengar dia nangis, kadang-kadang tu, ibu saja mengusik. Saja nak dengar suara tangis Mifzal, tapi usik-usik manja sahaja hehe.
Tak sampai sebulan berat anak ibu ini dah terasa naik. Lebih 4.0 kg rasanya dah ni. Masa lahir tempoh hari, berat 3.29 kg. Kuat menyusu, cepat lah berat naikkan.
Untuk Baby Mifzal
Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat. Tak sabar rasanya nak tengok anak ibu ini membesar. Ibu sangat sayangkan Mifzal <3
1,037 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini