Site icon Blog Ibu Mifzal

Awstat (Statistik Blog) Bagi Bulan Jan – Mac 2012

Pagi ini, terasa seperti nak berkongsi pencapaian trafik blog IbuMifzal.Com (formerly known as KMA). Kali ini ibu nak share awstat (statistik blog) bagi bulan Januari hingga Mac 2012. Sebenarnya, bukan nak show off, sebab tak ada apa pun yang boleh dibanggakan pun. Tapi, sekadar pembakar semangat untuk ibu dan kawan-kawan untuk terus kekal dalam dunia blogging ini. Tahu lah kan, mood blogging ibu sekarang ini kan macam dah suam-suam kuku. Update blog pun dengan memaksa diri saja ini. Huhu, semua sebab sayang kan buffered earning (BE) yang sedang running yang mampu menjana duit walau pun tidak sebanyak mana tapi syukur juga lah sebab ada kan dari tak ada langsung. Huhu.

Awstat (statistik blog) trafik blog bulan Jan – Mac 2012

Kalau diikutkan kebanyakkan trafik pada bulan Januari, Februari & Mac, mostly datang dari  trafik organic (search engine) dari entry-entry yang lama sebab tiga bulan kebelakangan ini memang ibu sangat jarang mengupdate blog. Rasanya tak sampai 5 entry pun pada bulan terbabit kecuali bulan Mac, akhir bulan baru rajin sedikit hendak update. Huhu., alhamdulillah, walaupun jarang sangat update blog, tapi trafik boleh dikatakan maintain.

Awstat (Statistik Blog) Innity Tetap Tak Pandang

Walapun suatu ketika dulu, trafik sebegini berpeluang untuk apply Innity. Tapi entah kenapa, Innity masih tak berkenan dengan blog IbuMifzal.Com @ KMA ini.. Berapa kali mohon dan asyik kena reject sahaja. Katanya “inappropriate content”. Setiap kali apply, setiap kali itu lah alasan yang sama. Ibu pun dah malas nak kisah dah. Sudah tak pandai nak godek-godek betulkan apa yang patut. Tambah-tambah, masa ibu untuk berblog adalah sangat terhad. Al-maklum lah, full worker and part time student, itu belum campur dengan tugas-tugas suri rumah lagi.  Selalu dapat online guna handphone sahaja.

Lagi pun, sekarang ini bila syarat nak apply Innity semakin ketat. dan kalau ikut trafik sekarang memang dah tak layak lah. Sekurang-kurangnya nak kena dapatkan 40,000 unique visitors dan 200,000 pageviews sebulan. Huhu, tak lalu dah ibu nak mengejarnya. Hehe, ok kita tinggalkan sahaja kisah Innity itu. Bye-bye Innity.

ps : If ada yg berminat nak iklankan produk-produk, blog or apa saja (bukan yg terlarang lah), boleh contact ibu di ibu@ibumifzal.com. Bayaran? percuma untuk sebulan sahaja. 😀

 885 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version