Baru-baru ini, heboh mengenai produk-produk komestik dan penjagaan wajah seperti Tati Skincare, Moleek Skincare dan lain-lain lagi yang mengandungi racun berjadual yang dikatakan produk-produk ini merupakan krim timbang kilo yang sebenarnya dibungkus semula dan dijenamakan untuk pasaran tempatan. Umum sudah mengenai tentang bahaya produk-produk yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Produk-produk seperti ini sememangnya patut dielakkan dari digunakan kerana ia boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang yang tidak baik kepada pengguna. Jangan hanya fikir hendak cantik sahaja kan. Pengasas produk-produk kecantikan dan kesihatan juga sepatutnya tidak hanya mengejar untuk dapat keuntungan berjuta sampai mengabaikan aspek keselamatan pengguna. Telah timbul kesedaran di kalangan orang awam yang sekarang ini lebih berhati-hati dalam membeli produk-produk kecantikan mahupun kesihatan agak tidak membahayakan diri sendiri. Dan, kini lebih mudah untuk kita sebagai pengguna menyemak produk dan ubat yang telah berdaftar secara online. Oleh itu, MediQuest : Aplikasi Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM dibangunkan bagi memudahkan oran awam mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Aplikasi MediQuest dibangunkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar iPhone dan juga Android.
Fungsi MediQuest : Aplikasi Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM
Aplikasi MediQuest membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak maklumat seperti berikut :-
- Pengeluar
- Nama Produk
- Nombor MAL
- Bahan Aktif
- Pemilik Pendaftaran Produk
BACA INI : Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 Disahkan Mengandungi Racun Berjadual
Bagi yang berminat untuk memasangnya di telefon pintar masing-masing, sila klik pada link di bawah :-
1,994 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini