Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
perasaan ibu sekarang berbelah bahagi…gembira ada, risau ada, gementar ada, seronok pun ada…
setelah hampir 6 tahun meninggalkan zaman belajar yang banyak sangat suka dukanya..akhirnya ibu akan kembali lagi ke zaman itu untuk mengejar impian baru..
alhamdulillah..ibu telah diterima masuk untuk mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK) di Universiti Utara Malaysia (UUM)
jawapan kepada permohonan ibu sebulan lepas sudah ibu terima tengahari tadi.
syukur kerana ibu masih diberi peluang untuk memajukan diri…insya Allah..peluang ini ibu tak akan persiakan..
doakan kejayaan ibu ya..untuk mengenggam segulung ijazah….
738 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini