Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aa Ba Ta Bersama Mifzal Arsyad


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Mifzal Arsyad suka belajar Iqra’. Buku Iqra’ tahap 1 antara buku yang disukainya. Hari-hari minta mahu baca Aa Ba Ta. Mifzal Arsyad mendapat didikan tidak formal di rumah (diajar oleh Ibu & Abah Mifzal) manakala didikan formal di Tadika Kemas, belajar Iqra’ setiap hari Selasa & Khamis.

Alhamdulillah, Mifzal Arsyad, senang mengikuti pelajaran Iqra’ yang diajar. Sekarang, kalau ikutkan sudah khatam buku Iqra’ tahap 1. Sudah dapat baca sampai habis buku tersebut tetapi bila mahu menyambung ke buku Iqra’ tahap 2, katanya, buku itu salah. Ya! ada sedikit kesilapan cetakan pada buku Iqra’ tahap 2 yang ibu beli di Karnival Buku tempoh hari.

Kata Mifzal Arsyad, “Ibu, Boboy tak mahu buku Iqra’ 2, nya salah. Huruf Ha tak ada titik, huruf Jim baru ada titik”. Ibu yang belum sempat membelek buku itu selepas membelinya (Beli dalam set- ada 6 buku kesemuanya) terpinga juga. Selepas diterangkan oleh Abah Mifzal, baru ibu faham. Rupanya, huruf Ha di salah cetak menjadi huruf Jim. Oh! patutlah tidak mahu baca buku itu, sebab buku itu salah pada dia. Hehe..Boboy..boboy.

Jom layan Mifzal Arsyaf baca Aa Ba Ta 🙂

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


6 Responses

  1. Shaima berkata:

    Bagus kaedah iqra ini, dari buku ini kita fasih sket baca ayat Quran tanpa perlu eja dah. Alhamdulillah 😀
    Jom baca entri di blog Shaima : Resipi Budu Blended ShaiMy Profile

  2. hafiz berkata:

    saya pun baru belikan anak saya iqra ni…
    Jom baca entri di blog hafiz : Hasil tuaian di Toy’R’UsMy Profile

  3. titan berkata:

    haha..macam itulah plakk..
    Jom baca entri di blog titan : One Punch Man.My Profile

  4. Jika benar salah cetak kena buat report
    Jom baca entri di blog Oneblogsocial.com : Kod WordPress Yang Perlu Di KetahuiMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge