Selamat Hari Lahir, Ibu Mifzal

Ucapan Selamat Hari Lahir yang ke ?? (Opps, rahsia :p). Hehe. Tak adalah, tak ada rahsia pun. Hari ini, tepat jam 6.45 pagi tadi, 10 Ogos 2018, maka genaplah umur ibu yang ke 39 tahun. Huhu. Tak lama dah nak masuk 4 series. Aduhai. Cepatkan masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk 39 tahun hidup di dunia ini. Syukur Alhamdulillah, atas limpah kurnia yang Maha Esa, ibu dapat bernafas di muka bumi-Mu Ya Allah.

Sumber Gambar : Adik Google

Sepanjang 39 tahun perjalanan ibu di dunia ini, ibu rasakan masih belum cukup bekalan yang ibu ada untuk dibawa bersama apa bila saat sampai masa bertemu dengan Pencipta. Ibu panjatkan kesyukuran pada Illahi, di atas peluang yang diberikan untuk hidup sebagai hamba-Nya.

“Ya Allah, Kau teguhkan lah imanku dan berkatilah kehidupan ku dan keluargaku serta jadikan kami hamba-hamba-Mu yang soleh dan solehah.”

Keluarga

Mencecah umur ini, kami sekeluarga masih bertiga. Mifzal sudah pun berusia 10 tahun dan kini belajar di Tahun 4. Alhamdulillah, ibu dan keluarga tetap bersyukur walaupun keluarga kami kecil sahaja. Kadang-kala ada juga waktu Mifzal kesunyian. Katanya, kawan-kawannya semua ada adik di rumah tetapi dia tiada. Ibu pujuk Mifzal. Mifzal beruntung kerana kasih sayang ibu dan abah hanya untuk Mifzal. Itulah ayat memujuk hati untuk kami. Tak mengapa, kami percaya pada percaturan Yang Maha Esa.

Mifzal dan Ibu

Kerjaya

Sebenarnya tak banyak perubahan. Namun, insya Allah, jika ada rezeki tidak ke mana. Ibu tidak terlalu terkejar-kejar. Memikirkan peluang untuk kenaikan pangkat yang bersesuaian dengan pencapaian akademik tidak banyak dan juga kesan-kesan yang perlu dihadapi sekiranya dinaikkan pangkat, ibu rasa bimbang pula. Susah juga untuk berjauhan dengan keluarga. Rasanya tidak sanggup. Cukuplah berjauhan setahun dengan Abah Mifzal ketika di awal perkahwinan kami dulu.

Sebenarnya juga, ibu ada dapat peluang temuduga untuk ke gred  jawatan yang ibu kehendaki. Mula-mula bersemangat juga menyiapkan keperluan temuduga. Namun di atas sebab-sebab teknikal dan ada kekangan lain, ibu tidak dapat hadir ke temuduga tersebut. Mungkin belum ada rezeki ibu atau ada rezeki yang lebih baik di kemudian hari.

Pendidikan

Ibu berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Angan-angan ini masih ada tersemat dalam hati dan minda tetapi belum dapat ditunaikan atas sebab banyak kekangan yang ada. Tak mengapa lah, belajar kan sepanjang hayat. Kalau bukan sekarang mungkin di masa hadapan. Lagi pun belum ada keperluan yang mengejar, jadi ibu masih boleh tangguhkan dulu hasrat ini.

Blogging

Usia blog IbuMifzal.Com juga bertambah seperti usia tuannya. Sudah 10 tahun usia blog ini. Masih suam-suam kuku. Kena fikirkan cara untuk hangatkan kembali. Ya lah, lama juga tinggalkan blog ini, hampir setahun kot. Langsung tidak ibu jengah. Cuma ibu rajin semak akaun Google Adsense yang di link kan dengan blog ini. Haha. Duit tak lupa ya! Rasa macam lama juga tak cash out Google Adsense :p

Birthday Girl : Gambar Edit. Haha!!

Itu sahaja dulu celoteh ibu, di hari lahir ibu. Harapan ibu, semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan ibu sekeluarga. Dimurahkan rezeki dan diberkati dunia akhirat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang wish happy birthday pada ibu. Semoga kalian jua di dalam rahmat Ilahi. Aamin.

 3,421 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*