HFMD : Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Baru-baru ini, penularan penyakit HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut telah meningkat. Kes terbaru dilaporkan pada 6 Jun lalu yang melibatkan kematian seorang bayi yang berumur 17 bulan di Pulau Pinang. Punca kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru akibat komplikasi virus EV71 akibat jangkitan HFMD. Kes ini telah  pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Apa itu HFMD?

HFMD :  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

  • Penyakit ini disebabkan oleh virus Coxsackie A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 yang biasanya menjangkiti kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Gejala lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan mulut. Tempoh inkubasi viru antara 3 – 5 hari.

Punca  dan Cara Jangkitan

  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri dengan baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Merebak dengan sentuhan melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala 

  • Demam, sakit tekak, ulser pada tekak, mulut dan lidah. Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil berukuran 3-7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin.
  • Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan antara ciri-ciri kemunculannnya ialah sakit kepala dan hilang selera makan.

Komplikasi

  • Biasanya bersifat sederhana dan ruam boleh sembuh di dalam masa 5 -7 hari. Walaubagaimana pun, ada kes yang didapati merbahaya apabila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan dan Pencegahan

  • Tiada rawatan khusus. Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda jangkitan, bawa dengan segera ke hospital atau klinik berhampiran.
  • Cuci tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas dan menukar lampin atau mencuci najis.
  • Tutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.
  • Elak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Jauhkan anak-anak daripada tempat awam yang sesak seperti sekolah, taska, tadika, pusat asuhan, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan.

 2,863 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*