TM Tawar UniFi Lite

Berita baik daripada TM. Telekom Malaysia kini menawarkan pakej  UniFi Lite. Pakej berharga serendah RM149/sebulan ini didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi iaitu sehingga 10 Mbps (download) dan 5 Mbps (upload). UniFi Lite ini turut ditawarkan bersama akses kepada HyppTV Everywhere, selain membolehkan pengguna menikmati panggilan suara STD selama 600 minit secara percuma.

unifi lite
Pakej Baru dari TM

Pakej ini dijangka ditawarkan kepada pelanggan di kawasan yang belum mempunyai liputan UniFi sedia ada iaitu di kawasan liputan streamyx. Pakej paling laju yang diitawarkan menerusi pakej streamyx setakat ini adalah 8 Mbps (download) sahaja dan 0.5 Mbps (upload). Ini akan menjadi pakej internet paling laju yang ditawarkan oleh TM di kawasan yang belum mendapat liputan UniFi Advanced dan Pro.

Harga Pakej Unifi Lite

harga pakej unifi lite
Harga pakej untuk langganan.

Walaupun dinamakan sebagai sebagai UniFi Lite, pakej ini sebenarnya masih lagi menggunakan VDSL dan tembaga sepertimana pakej internet Streamyx namun ditawarkan dengan kelajuan yang sedikit tinggi iaitu 10Mbps.

BACA INI : Tonton HyppTV Daripada TM

unifi lite
Pakej Hypptv bersama Unifi Lite

Jika anda mahukan kelajuan internet yang tinggi dan tanpa kouta serta berada di kawasan yang tidak menyokong fibre optic atau UniFi, ini pakej terbaik anda boleh dapatkan daripada TM. Harganya juga yang tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan pakej Streamyx 4Mbps, menjadikan ia adalah pakej yang agak berbaloi untuk dilanggan.

ps : Ibu baru sahaja melanggan streamyx 8 Mbps. Kira boleh mempertimbangkan pakej ini. Nampak berbaloi-baloi. Beza kelajuan muat naik sangat ketara antara pakej streamyx dan UniFi Lite kan. 

 1,801 jumlah dibaca,  5 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*