Pakej NewPhone iPhone Daripada Celcom

Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 7 ataupun 7 Plus, anda boleh cuba untuk mempertimbangkan pakej Newphone Iphone yang ditawarkan oleh Celcom. Menerusi pakej ini, anda kini boleh mendapatkannya dari serendah RM115 sebulan.

pakej newphone iphone
Pakej Newphone For iPhone

Pakej dari Celcom ini boleh dikatakan sama dengan pakej Zerolution yang ditawarkan oleh Maxis. Di mana ia membolehkan anda untuk menukar kepada telefon baru setiap tahun. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar ke peranti bila-bila masa baru anda suka apabila anda membayar dengan bayaran tambahan. Ibarat kata, sewa iPhone 7 dapat iPhone 7S.

Celcom menawarkan semua varian iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menerusi pakej NewPhone ini. Selain daripada harga NewPhone itu, terdapat juga yuran perlindungan peranti pilihan bergantung kepada peranti yang anda pilih. Harga adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Harga Peranti Pakej NewPhone iPhone

pakej newphone dari celcom
Maklumat bayaran pakej.

Pakej NewPhone ini bukanlah tertumpu kepada pengguna Celcom sedia ada semata-mata, pengguna Maxis, Digi dan Umobile adalah layak untuk melanggan pakej ini tertakluk kepada beberapa syarat. Pakej ini turut didatangkan dengan pakej FIRST. Anda boleh memilih untuk melanggan sama ada pakej FIRST GOLD PLUS ataupun FIRST PLATINUM.

BACA INI : Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia

Sekiranya, anda pengguna Celcom Pasca Bayar (Postpaid) sedia ada. Perkara paling utama yang akan dilihat adalah tempoh langganan anda bersama Celcom. Iaitu sama ada sudah atau belum melebihi 12 bulan. Ini adalah untuk menentukan sama ada anda perlu mengeluarkan sedikit bayaran tambahan atau tidak semasa mahu melanggan pakej NewPhone ini.

Jika anda telah melanggan pakej FIRST GOLD PLUS atau FIRST PLATINUM sedia ada dan tempoh langganan sudah pun melebihi 12 bulan. Maka anda layak untuk menerima varian iPhone 7 pilihan anda secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan.

Sebaliknya, jika anda telah melanggan pakej FIRST GOLD PLUS atau FIRST PLATINUM sedia ada dan tempoh langganan di antara 4 – 12 bulan (kurang dari 4 bulan tidak layak memohon). Maka anda layak untuk menerima varian iPhone 7 pilihan anda dengan kadar bayaran pendahuluan sebanyak 3 bulan dengan tambahan bayaran perlindungan sebanyak RM40.00/RM50.00

BACA INI : Ini Ciri-Ciri iPhone 7?

Pertukaran Peranti iPhone

Melalui pakej ini, anda boleh menukar iPhone baru selepas 12 bulan, walaubagaimana pun, anda masih boleh menukar iPhone baru pada bila-bila masa selepas 3 bulan melanggan pakej dengan bayaran harga baki iPhone yang anda pilih.

Menukar iPhone baru bermakna anda perlu memulangkan kembali iphone yang anda dapat ketika melanggan pakej NewPhone iPhone ini. Kondisi iPhone perlulah di dalam keadaan yang baik dan berfungsi. Namun jika anda telah melanggan perlindungan yang ditawarkan bersama pakej, anda masih boleh menukarnya walaupun iPhone anda tidak di dalam keadaan yang bagus.

Okay, untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh layari website Celcom dan rujuk term & condition yang telah ditetapkan.

 2,051 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*