Cuti Umum Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Tarikh 24 April 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Istiadat tersebut akan diadakan di Balairung Seri, Istana Negara.

cuti umum sempena istiadat pertabalan yang dipertuan agong
Biodata Yang DiPertuan Agong.

Majlis pertabalan ini adalah sempena perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 13 Disember 2107 yang lalu bagi menggantikan Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah menamatkan tempoh pemerintahan Baginda pada 12 Disember 2016.

Kenyataan Akhbar Cuti Umum Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa pada hari ini melalui kenyataan akhbar seperti di bawah :-

cuti umum sempena Istiadat Pertabalan
Kenyataan akhbar mengenai cuti umum.
siaran akhar cuti umum sempena Istiadat Pertabalan
Siaran akhbar mengenai cuti umum.

 2,214 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. alhamdulillah.
    dpt la tgk siaran langsung kat tv.
    aida suka tgk majlis pertabalan gini.
    dpt tgk la istiadat nyer.
    aida ni ntah bila dpt masok istana, rakyat marhaen ajer 🙂
    and weekend tu aida da plan balik kg umah mak abah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*