Rumah Hampir Siap

Sejak tahun 2010 hingga sekarang, ibu dan keluarga sangat teruja untuk menunggu rumah idaman kami siap. Walaupun, kisah pembelian rumah ini, ada banyak juga dugaannya. Alhamdulillah, dapat diselesaikan. Sekarang hanya menunggu rumah siap dan boleh diduduki sahaja. Walaupun, rumah hampir siap, sebenarnya banyak lah kerja-kerja yang perlu dibuat oleh pemaju mahu pun ibu dan keluarga sendiri. Nak masuk rumah baru memang banyak kerja.

rumah hampir siap
Rumah Hampir Siap

Harapan ibu, rumah kami ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Dah sangat-sangat tidak sabar. Rugi menyewa lama-lama. Bukan rumah sendirikan. Bila ada rumah sendiri, banyak yang boleh dibuat terutamanya jika ingin mendeko. Teruja sungguh. Macam-macam dah dalam kepala ini, idea nak hias rumah.

Taman perumahan yang masih dalam pembinaan ini terletak di Pekan Bidor, Perak dan dimajukan oleh Syarikat Villaworld Sdn. Bhd.  Tak jauh dari tempat kerja ibu. Teringat dulu, kenapa ibu memilih perumahan ini berbanding perumahan lain yang ketika itu tumbuh bagai cendawan. Sebabnya kerana design rumahnya. Seakan-akan perumahan lot yang tersusun. Kerana rumah-rumah disini tidak berkongsi dinding rumah namun sebaliknya hanya berkongsi pagar. Bagi ibu, menjaga privasi keluarga adalah sangat penting. Ibu kurang gemar rumah teres kerana terlalu dekat rasanya. Tambahan ruang laman yang sempit yang buat terbatas sekiranya ingin mengubahsuai rumah itu nanti.

BACA INI : Kisah Rumah Kami Lagi

Namun, pilihan membeli rumah ini adalah pilihan masing-masing. Hendak beli yang macam mana kena ikut kemampuan terlebih dahulu. Rezeki, jika dapat rumah yang menjadi idaman. Kalau tidak pun, ada rumah pun dah mencukupi kan.

Insya Allah, semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilimpahi rezeki yang baik. Aamin

 1,286 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

  1. Assalamualaikum. .Selamat berkenalan jiran baru..sy yati..sy pon beli rumah di bidor damansara no 17..tp sy xstay bidor lg….rumah pon xrenovate n psg grill…hehehe. .Alhamdulillah. .siap jgk rumah wlpon pemaju lembab…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*