Cerita Raya Kami

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

uih!! lama sungguh ibu tak update blog. Dari sebelum raya sampai dah lepas raya. Sebulan lebih dah tak mengisahkan blog. Mood memang ke laut. Ini pun memaksa diri untuk menulis. Sayang pula blog ini dibiarkan bersawang.

Tidak terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan semua. Masih di bulan Syawal :). Raya kali ini, ibu beraya di rumah mentua. Hari raya kedua baru pulang ke kampung ibu di Kelantan. Suasana raya biasalah meriah bila adik beradik Abah Mifzal semua berkumpul. Lengkap kami raya tahun ini. Semua ada.

IMG_0732

Yang teruja nak berhari raya sudah tentu si kecil ibu itu. Seronok Mifzal Arsyad. Tidak sabar-sabar nak memakai baju raya. Baju melayu buat Mifzal hasil keras tangan ibu. Berjaya juga menjahit 2 helai baju melayunya. Walapun jahitan tak sekemas tukang jahit, boleh la setakat nak dipakai :D.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge