Mood Menjahit Baju Sudah Mari

Tujuh pasang kain sedang menunggu untuk dijahit. Rasanya mood menjahit baju sudah mari! Hobi yang sudah lama ditinggalkan nampak gayanya datang kembali. Selepas exam (hehe..tidak habis-habis dengan cerita exam), sudah merangka aktiviti apa yang hendak dipenuh di waktu lapang 2 bulan mendatang nanti.

mood menjahit

 

Koleksi baju kurung untuk ke pejabat semakin berkurangan dek kerana pertambahan saiz badan yang susah dikawal kebelakangan ini. Adeh! Mood membeli kain pasang untuk dibuat baju juga membuak-buak sekarang ini. Khamis, hari gaji bulan ini, sudah ditetapkan sebagai hari memborong kain-kain yang murah cantik.

Tetapi yang membantutkan hobi lama ini cuma satu. Mesin jahit antik yang sudah usang. Perlu diganti. Mesin jahit antik ibu tu masih boleh digunakan cuma kualiti jahitan sudah agak teruk. Lama sudah ibu beli mesin itu. Sebelum kahwin lagi.

IMG_0451

Sudah tidak sabar sebenarnya hendak mencari penganti mesin jenama Raleigh tapi duitnya belum mencukupi. Lambat betul duit claim yuran UUM ini masuk 🙁

Mood Menjahit Dengan Mesin Jahit Lama

Kononnya, nak beli yang banyak kegunaannya dan okay kualitinya. Sudah semestinya yang automatik. Tak mau sudah yang pakai motor luar tu.. bising bunyinya. Haha, banyak sungguh angan-angan ibu. Walhal nak beli mesin jahit itu hanya untuk kegunaan peribadi saja. Bukan untuk kegunaan komersial pun.

Apa pun, berangan dahulu dengan mesin-mesin jahit adik ibu di Labuan (Lenda). Katanya kos membeli dua-dua mesin ini adalah lebih kurang RM3000. Errrk!! mahalnya. Kalau dalam ratus-ratus, Abah Mifzal sanggup sponsor lagi. Tapi yang ini kena guna duit sendiri lah 🙁

IMG_0450-horz

ps : abaikan corak dinding dalam gambar. Hasil kekreatifan si anak saudara yang comel.

 1,080 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*