Kouta 4GB Tak Cukup!

Alahai baru 2 minggu guna khidmat internet YES 4G, kouta 4GB yang dilanggan dah nak habis. Memang pengguna tegar internet betul lah. Hehe. Tengah duduk fikir, nak top up ke tak qouta ni. Sebab YES 4G (Postpaid) ini, jika kehabisan kouta bulanan, tidak dikenakan bayaran tambahan tetapi kelajuan melayari internet akan dikurangkan.

Kouta 4GB Tak Cukup!
Dah Sampai Had

Ada 2 minggu lagi nak cukup bulan sebelum kouta 4gb direset kembali. Rasanya memang tak cukup baki yang ada sekarang ini. Sebenarnya, gara-gara Mifzal juga buka video di youtube, masa hari pertama langgan. Itu yang banyak guna data tu..huhu.

Kouta 4GB Tidak Menyeronokkan

Kami memang biasa menggunakan plan internet yang tidak mempunyai kouta atau “unlimited qouta“. Bila ada kouta ini rasa agak kurang seronok. Sekejap-sekejap buka website YES, untuk tengok berapa lagi kouta yang tinggal. Nak bertenet pun tidak senang hati.

BACA INI : YES 4G : 10x Lebih Laju Dari 3G

Di rumah ini, ada 4 devices yang selalu digunakan untuk melayari internet. Nampak gayanya, bulan depan kena upgrade pakej lah. m(_ _)m

 1,013 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

16 Comments

  1. Laju x kak pkai yes, akak ddk area mne? Sye ddk rawang-kl, pstu blek kg endau, johor. Laju x agak2 pkai area2 ni, klau kl tu laju lh kot, rawang ngan endau tu lh x tau?

  2. hehe..sebab quota tak cukup jugak menyebabkan kami terus sambar unifi…habis citer =)

    anak2 nak tgk upin ipin, geng bas sekolah…mcam2 citer..ulang dan ulang dan ulang..hihi

  3. Saya pun guna YES (4gb)..kena pandai control sikit..kalau anak nak tengok youtube,saya cakap internet takde.. 🙂
    Tapi kadang2 sebab kesian terbabas jugak bagi diaorang layan youtube..
    Setakat ni saya belum upgrade lagi..agak2 kalau perlu dan lambat lagi nak sampai ke tarikh cycle dia tu,saya top up je..

  4. sepenuhnya guna data tau campur² dgn wifi?
    kouta cuma GB saja tetapi kat rumah guna wifi streamyx, sebulan tak pernah habis kecuali bulan tu banyak keluar merayau²

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*