Makan Di Pizza Hut Lagi

Hehe..jangan boring ya. Asyik-asyik makan di pizza hut je. Sebenarnya, memang pizza adalah makanan segera kegemaran ibu dan Mifzal. Abah Mifzal tak ada la minat makan pizza ni sangat tetapi sebab anak bini dah suka, Abah Mifzal layankan sahaja. Thanks Abah sebab belanja kami lagi dan lagi dan lagi..hehe

pizza hut Gunung Rapat

Kali ini pertama kali makan pizza hut di Gunung Rapat, Ipoh. Tak ramai sangat pelanggan di sana ketika kami masuk. Tetapi satu la yang ibu tak berapa best makan kat situ, service nya yang lambat walaupun tidak ramai pelanggan. Lama juga menunggu untuk diambil order. 2 – 3 orang pekerja yang kami maklumkan nak order tetapi kurang dilayan. Abah Mifzal dah menggeleng kepala dah. Ibu tahu, Abah Mifzal dah tak senang hati tetapi sebab nafsu nak makan pizza ibu itu lagi kuat, jadi ibu pejamkan mata sahaja lah.

BACA INI : Makan Pizza Di Pizza Hut

Mifzal seperti biasa, bukan boleh duduk diam sekejap. Ada benda sahaja yang diusiknya. Sekejap sudu jatuh, sekejap garpu pula jatuh. Aduhai, mujur lah pinggan dan gelas tak jatuh. Nanti tak pasal-pasal pula kena ganti. Kalau boleh dia nak berlari-lari dalam pizza hut itu. Huhu. Dapat makan ice cream baru lah duduk diam sedikit.

gaya mifzal arsyad bergambar

Pilihan menu kami seperi biasa. Satu set pizza (regular pizza + mushroom soup + garlic bread + soft drink) untuk 2 dewasa makan dan satu set untuk kanak-kanak (spaghetti set). Mifzal sangat suka makan spaghetti dan ice cream. Menu yang ini tak boleh kongsi dengan ibu atau abah. Boboy seorang sahaja yang punya. Katanya “nanti habislah makanan boboy”.

Puas dapat makan pizza walaupun kurang puas hati dengan layanan yang diberi. Lain kali makan kat tempat lain lah pula 😉

 4,471 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

  1. kitorang pun makan pizza gak semalam sempena sambut birthday bard…tapi bukan pizza hut la…pizza pak arab..

  2. 2 hari lepas baru makan Pizza…makan pizza kadang2x tak selalu..dalam 2 kali setaun…pizza punya menu tak banyakk,..service pun lambat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*